Sunday, August 16, 2009

MUQADDIMAH


Assalamualaikum...terima kasih kepada semua pembaca yang sudi melayari "Cetusan Intelek" yang kini dalam proses penambahbaikan. Akal adalah anugerah ALLAH SWT yang tertinggi nilainya dalam hidup setiap insan. Melalui akal pemikiran dapat melahirkan minda yang berkualiti dan intelek. Minda yang hebat bukan sahaja mampu membawa perubahan kepada diri sendiri tetapi juga boleh merubah keluarga dan masyarakat dalam mendepani arus kemodenan kini. Justeru, "Cetusan Intelek" merupakan wadah pemangkin bagi generasi muda berkongsi idea dan pengalaman dalam proses Membina Keluarga Bahagia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.-Us.Khair